Usahawan Kek dan Coklat

Fariha Norbaya Ismail merupakan seorang usahawan kek dan coklat. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Farin. Walaupun merupakan seorang graduan sains kemanusiaan, tetapi disebabkan minat, beliau telah menghadiri bengkel membuat cupcakes pada tahun 2008. Sejak itu, Farin mula menjalankan perniagaan kek dan coklat. 
 
Sudah hampir 4 tahun beliau menjalankan perniagaannya. Semuanya diuruskan hanya dari rumah. Kini, Farin @ Fariha Nurbaya Ismail telah memiliki enterprise sendiri – Farin Cake House dan mengendalikan blog farin-mecupcakes.blogspot.com. Blog ini menjadi salah satu cara Farin mempromosikan perniagaannya dan turut menjadi salah satu tempat untuk menerima tempahan dari pelanggan.

Fariha Norbaya Ismail amat bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami serta keluarga tersayang. Antara produk yang dijual Farin adalah cupcakes, kek, coklat, muffin, doorgift, apam polkadot, kek coklat lembap, cheesecakes, kek lapis sarawak, kek perkahwinan, tepung kek segera Farin, brownies dan macam-macam lagi. Farin juga mengendalikan bengkel baking dan deco dari masa ke semasa.