Melaluinya, beliau yang telah mengusahakan perniagaan tersebut sejak dua tahun lalu dengan bermodalkan kira-kira RM200,000 kini mampu meraih hasil jualan ayam Serama di antara RM30,000 sehingga RM40,000 sebulan.
Turut menjana pendapatan syarikat ialah segmen penjualan peralatan dan aksesori ayamSerama termasuk ubat-ubatan dan makanannya yang dianggarkan bernilai sehingga RM15,000 setiap bulan.
Lebih menarik lagi, daya tarikan utama perniagaannya itu ialah beliau turut menternak ayamSerama di dalam kedainya.
"Kami memiliki sebanyak 500 ekor ayam Serama (di Kedai Serama Malaysia) yang meliputi anak Serama, Serama remaja dan Serama dewasa," katanya yang merupakan Pengarah Urusan Serama Corporation Sdn. Bhd. ( Serama Corporation). Kedai Serama Malaysia merupakan salah satu cabang perniagaan Serama Corporation.