MELAKA 31 Dis. - Tabiat memberi hadiah dan cenderamata menjadi kebiasaan untuk memperingati hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun dan sebagainya.
Pelbagai jenis hadiah menjadi pilihan untuk diberi kepada pasangan masing-masing sama ada makanan, pakaian, barang kemas dan sebagainya.
Kecenderungan untuk saling menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada pasangan ini memberi sumber inspirasi kepada seorang usahawan muda, Abdul Azim Abdul Halim, 23, yang berasal dari Pulau Pinang menghasilkan beberapa produk berasaskan kreativiti untuk dijadikan sebagai hadiah.
Ia menjadi tarikan kerana T-Shirt dan lencana yang dihasilkan itu diberi identiti berdasarkan kartun animasi yang dicipta sendiri oleh Azim bersama rakannya, Iwanis Abdul Manap.
Menurut Azim, produk yang dihasilkan adalah Couple T-Shirt dan lencana yang direka khas untuk pasangan kekasih dan suami isteri yang dipasarkan di bawah label Pixie Studio iaitu perniagaan miliknya yang terletak di Saujana Indah, Ayer Keroh.
Tambah Azim, semuanya adalah bertitik-tolak dari minat yang mendalam dalam bidang animasi selaras dengan kelulusannya sebagai graduan Diploma Teknologi Animasi dari Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KYMI).
Ujarnya, pada permulaan, dia dan rakan niaganya mereka bentuk kartun animasi tersebut berdasarkan karakter lelaki dan wanita sebagai pasangan kekasih yang ringkas dan tidak kebudak-budakan.
Katanya, sebaik sahaja watak tersebut dicipta, dia mereka beberapa jalan cerita yang berbeza lalu dipaparkan menerusi laman web untuk mendapat maklum balas daripada orang ramai.
''Setelah mendapat maklum balas, jalan cerita yang menerima undian tertinggi akan dicetak pada T-shirt atau lencana dan dijual kepada pelanggan yang berminat dengan membuat tempahan dan pembelian secara online," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Ujarnya, setakat ini produk syarikatnya hanya dijual secara online di mana setiap pembeli yang telah membuat pembayaran akan menerima produk yang dibeli secara pos atau penghantaran secara langsung jika berada di sekitar negeri ini.
''Ini kerana kami belum lagi memasarkan produk ini kedai-kedai kerana masih cuba untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan terutamanya di kalangan remaja," katanya.
Tambah Azim, T-shirt tersebut biasanya dijual dalam satu set iaitu sehelai baju untuk lelaki dan sehelai baju untuk wanita dengan setiap satu dicetak gambar berlainan untuk melengkapkan jalan cerita bagi setiap set yang dijual.
Menurutnya, satu set T-shirt berharga RM55 manakala sekeping lencana dijual antara RM3 hingga RM6.
Kini syarikatnya yang telah beroperasi sejak Januari 2009 bukan sahaja menerima tempahan dari seluruh negara sehingga ke Sabah dan Sarawak malah, turut mendapat sambutan dari Australia.
''Tempahan untuk lencana juga dipelbagaikan kerana saya turut menerima tempahan majlis perkahwinan, kelab dan persatuan, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan syarikat korporat,'' katanya.
Baginya kualiti merupakan fokus utama yang diberi perhatian dalam setiap produk yang dihasilkan untuk kepuasan pelanggan supaya mereka berpuas hati.
Justeru, menurut Azim, dia amat gembira kerana permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan terhadap produk keluarannya walaupun perniagaannya dimulakan hanya dengan modal RM500.
Ujarnya, turut dijual adalah perisian e-Book Grafik yang dicipta bertujuan memudahkan pengguna membuat rekaan grafik dengan cara yang pantas dan mudah.
Apa yang pasti, dia kini boleh berbangga kerana bidang animasi mampu mendatangkan hasil yang lumayan apabila meraih pendapatan hampir RM5,000 sebulan bergantung kepada tempahan.
''Keputusan saya berhenti kerja dari sebuah syarikat animasi di Kuala Lumpur untuk menjadi usahawan tidak sia-sia kerana pengalaman yang ditimba dahulu kini saya gunakan dengan sebaiknya untuk lebih memajukan perniagaan saya," ujarnya.
Menurut Azim, untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya, selain menjual produknya dia turut membuka kelas multimedia interaktif yang dibuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah, pelajar IPT, kakitangan awam dan swasta.
Antara mata pelajaran yang diajar termasuk Asas Melukis Kartun, Asas Flash Animasi 2D, Asas Rekabentuk 3D, Komputer Grafik, Pembinaan Laman Web dan Flash Interaktif.
Tambahnya, dia mengalu-alukan para belia yang berminat untuk menyertai perniagaannya bagi mendapatkan rezeki tambahan dengan menjadi agen jualan produknya dengan mendapatkan maklumat lanjut di www.pixiestudio.com.my.
''Bagi saya apa yang saya ada pada hari ini banyak dibantu dan dorongan oleh rakan niaga, ayah dan ibu serta Tunas Mekar di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri negeri yang memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
''Ini membuktikan golongan belia terutama remaja mampu berjaya kalau mereka ada kemahuan dan menggunakan kemahiran yang ada dengan sebaiknya ke arah mencapai kejayaan," katanya.